Showing posts with label Fertigasi. Show all posts
Showing posts with label Fertigasi. Show all posts

Friday, May 16, 2008

fertigasi sememangnya memudahkan kerja kita, jumlah pekerja dapat dikurangkan. beberapa penjual alatan fertigasi yang ditemui memomokkan bahawa jika anda menanam 1000 pokok cili secara fertigasi hanya anda seorang sahaja diperlukan untuk menguruskannya, dan anda boleh melakukannya secara part time. bagi saya pernyataan tersebut adalah benar jika anda seorang superman.berikut adalah kerja-kerja 'berat' yang perlu dilakukan jika menggunakan kaedah fertigasi 1000 pokok cili tanpa bumbung :

1)meracun 3 hari sekali menggunakan penyembur galas 16 liter=setiap kali meracun ia memakan masa 3.5 jam (paling pantas) dan ia hanya boleh dimulakan selepas jam 5 petang, bermakna anda akan terus sambung meracun selepas solat maghrib

2)mencantas putik yang terlalu merimbun pada bulan ke 2 dan ke 3=untuk trim 1000 pokok anda memerlukan 35 jam

3)ikat pokok=bila dah tinggi, buah dah berat, kena lah ikat, kurang-kurang 4 tali bagi setiap pokok, kalau tak dahan patah atau pokok tumbang ditiup angin. 1000 pokok memerlukan 50 jam.

4)menuai buah cili 3 hari sekali pada waktu pagi=2 jam??

5)melayan pelawat yang hadir tanpa diundang (terutamanya pakcik-pakcik pencen yang banyak cakap)=timeless (seronok kasi ilmu free pada orang, berkat)

6)lain-lain kerja=bersedia untuk sebarang kemungkinan, hehehe...

lagi apa lagi kerja yang berat-berat yek??aku rasa aku dah tahap mengarut malam-malam ni, senang cerita point aku ialah kata-kata sesetengah penjual alatan fertigasi yang mengatakan dengan 1000 pokok masih boleh buat secara part time adalah mengarut! dan jika kita mengupah pekerja tetap maka untung sangat sikit, jika upah pekerja pada waktu-waktu tertentu sahaja..ermmm..boleh caya ke? kena pantau gak aktiviti diorang tu! diorang ilmu tak cukup, dan juga main-main bila kerja kalau tak pantau.

senang cerita bagi saya 1000 pokok tidak mampu dibuat secara part time.tapi jika secara full time, anda seorang sahaja pun cukup, tapi perlu rajin.

Forum Bicara Jutawan.Com

bolehkah otai2 fertigasi disini senaraikan alatan lengkap untuk set fertigasi 500 polybag....diharap otai2 fertigasi dpt membantu....kalau boleh beserta harga tuk setiap alatan pun ok.Tima Kasih.
----
en.jussy harga barang anggaran untuk fertigasi 100 pokok cili/tomato: 1. plybag putih UV Rm0.30/no, coco peat media RM 5.00/guni; sekam padi bakar (nampak lgi bentuk sekam, bukan abu putih-free pegi ambil sendiri kat kilang) kalu beli 3.00; silver shine alas plybag 250m x 4' RM 60 segulung, 16mm tubing RM125/300m roll, 16mm micro tubing RM 28/80m roll, nipple 30 sen/no, dripper 30sen/no , kalu nak pakai rain shelter buat frame dia buat dgn anak kayu atau buluh, jimat kos, kalu paki besi ribi-ribulah RM UV plastic 21' x 180' RM 520 tahan bertahun kalu tak koyak. pam guna pam akuarium murah je RM 30-70 tengok besar ke kecik setakat 100 pokok bolehlah atau kalau pam biasa macam pam air telaga kat kampung tu dlm RM 150 je. tong stock guna tong plastic belambak kat keling botol. filter guna filter macam org pakai kat paip air rumah, modified sikit sambungan.ha..ha..ha. ni yang tricky sikit ni masalah baja. siap redimade mahal 250 satu st utk A&B, formula sendiri lg baik, boleh ejas ejas keperluan dari membesar sampai bunga dan buah, nak formula special request. saya cuba media kokopeat : sekam padi; 1:1; 1:2 ; 0:1, nampak napak 100% sekam padi lagi baik, kurang acidic, 100% cocopeat pokok tak berapa subur. jangan campur tanah atau taik ayam atau pasir , banyak penyakit nematod fungus, pokok cepat layu kalu panas.
----
bagus info abg mat..taP utk tambahan..aku ada pegi tgk mardi guna pasir sbg medium..memang pasir cepat panas..diaorang buh kertas surat kabar kt prmukaan utk elak panas..pokok cabai dia sihat and kicking.. :-D
----
pokok aku ada yg pakai medium pasir gak..bukan pasir sungai tapi pasir bukit...ekekeke tapi aku tak ltk surat kabar la....aku cover ngan tanah hitam yg jual kat nursery 5 in 1 tuh....bila hari panas...mmg kering....nanti aku try ltk surat kabar plak...
----
Iffan04 :
saya ada sebahagian peralatan nak jual di sini, jika ada sesiapa berminat boleh PM dalam thread BJ. DRIPPER- rm0.07sen/ 1k rm70.00, NIPPLE-rm0.08sen/ 1k rm80.00, TUBING 4mmx80m- rm18.00, SPRING KLIP(utk. rain shelter)- rm0.90/1k rm800.00,'U' KLIP PLASTIC-rm0.30sen.........barang ni saya ada stok banyak........penghantaran seluruh malaysia boleh diuruskan....sekian terima kasih.

Forum BicaraJutawan.Com

apsal pokok cili En Alamin tu takde bumbung pun...macam orang lain...boleh ke?
----
Menurut cikgu saye bumbung tu digunakan untuk memanaskan persekitaran amat sesuia digunakan di tanah tinggi cameron. Tapi ditanah rendah ni suhu akan menjadi sangat panas maka ia kurang sesuai.. namun bumbung juga dapat mencegah pestisid (betul ke jeaan nih ) turun bersama air hujan. Bagi kes saye, kami tidak mengunakan kaedah bumbung sebab kos die sangat tinggi : : :. selalunya orang akan cakap kos la itu yang jadi masalah utama.
----
Jadi boleh la tanam tanpa bumbung...sapa2 yang ada pengalaman samada hasilnya terjejas tak sebab tak ada bumbung? Lagi satu ada sesiapa pernah buat fertigasi cili padi?Kat Raub RM20/Sekilo sekarang ni!
----
emmm.... mugkin ye...tapi yang saya tau bumbung tu gunanya untuk elakkan air hujan masuk dalam bag.nanti air baja akan cair dan cili tak subur sebab baja dah kurang (turun ke tanah)
----
Dalam Kaedah fertigasi dimana sekam wap digunakan... baja yang dialirkan ke polybag akan cepat terserap oleh pokok. Sekam wap sebenarnya mempunyai daya simpanan air yang rendah. jadi takade masalah baja cair selepas baja dialirkan. Apa yang saye belajar... baja tak ada masalah dengan air hujan. yang bermasalah dengan air hujan adalah kesihatan pokok (serangan penyakit disebabkan hujan) dan cair atau hilangnya keupayaan racun untuk bertindak.ini hanyalah sedikit pandangan dari ilmu yang cetek..... :-) kalau ada yang salah harap betulkan
----
saya ada soaln,kenapa brother naim guna silver shine utk tanaman fertigasi? adakah utk mengelak rumpai?xbolehkah polibeg itu d letakkan atas bata dan disusun2, serta herbisid tu di racun scr berjadual? apa perkembangan anak2 semaian brother skrg? bila boleh pindah ke polibeg?
----
MelorSilvershine untuk1.kekemasan2.tiada rumput3.pantulan cahaya matahari akan mengenai bawah daun dimana bawah daun merupakan tempat parasit.nak letak atas bata boleh, taknak letak silvershine pon boleh. tapi tak akan sama lah. I.allah besok hari sabtu 24.2.2007 kami akan pindahkan anak pokok. tak sabarnya
----
orait. saya dah dptkan alamat haji abdul rahman tu utk brother dolah. selamat berkunjung dan selamat berjaya
Hj Abdul Rahman b. Hj Omar
(Pakar Perunding Perladangan Tepat)
HAR Agric Sdn. Bhd
KM6, Jalan Kuala KedahTeluk Kechai,
06 600 Kuala Kedah
Kedah
tel/fax no.: 04-7721 907hp no.: 019 4431 200

Wednesday, May 14, 2008

Dalam perjalanan ke pekan Pendang, singgah sekejap buat pertama kali ke satu ladang fertigasi di Kg. Penyarom, Pendang. Nasib baik sebab tuan empunya ladang ada. Berbual sebentar dengannya, lalu kemudian diajak memasuki ladang untuk melihat2 sambil belajar.

Jumlah polibeg diladang ini ialah 10,000 (besar!!!). Saiz ladang sebegini sudah diklasifikasikan sebagai tanaman komersil. Terkini adalah musim ketiga tanaman cili ini dijalankan dengan tempoh masa selama 6 bulan bagi setiap musim. Secara konservatif, sepokok cili mampu menghasilkan 2.0-2.5 kg buah cili. Sekiranya lebih dikira BONUS.

Walaubagaimanapun, hasil pengeluaran tetap bergantung kepada cara penjagaan serta pembajaan. Harga buah cili dipasaran juga memainkan peranan. Namun demikian, dimaklumkan bahawa pegeluaran cili tempatan hanyalah 10 peratus daripada keperluan pengguna. Selebihnya adalah diimpot dari China, Thailand dll. Potensi pasaran tetap ada.

Pokok2 cili jenis KULAI diladang ini yang sudah berusia 5 minggu. Hasil cili boleh dipetik selepas 75 hari daripada tarikh anak pokok dipindahkan dari semaian ke polibeg. Secra kasar, hasil buah cili boleh dipetik selepas 3 bulan daripada permulaan semaian. Batang2 pokok cili diikat secara longgar ketali yang direntang secara selari untuk mengelakkan pokok patah ditiup angin kencang.

Contoh pokok cili didalam polibeg yang menggunakan sistem fertigasi. Tanaman cili memerlukan pengawasan rapi. Harus peka dengan tanda2 serangan penyakit atau serangga yang boleh mengundang kerugian. Tindakan segera untuk mengubati dan menghalang dari merebaknya penyakit atau serangan serangga amat diperlukan.

Semasa pokok cili membesar, daun2 dibahagian batang bawah pokok perlu dibuang. Kerja2 membuang rumput didalam polibeg juga perlu dilakukan sekiranya ada.

Keadaan 1 blok yang mungkin mengandungi 20-30 polibeg yang tersusun rapi. Sistem fertigasi yang dipasang perlulah berkesan untuk memastikan hasil pengeluaran buah cili yang maksimum. Tekanan pengairan air berbaja perlulah sekata dan seimbang untuk keseluruhan pokok.

Keadaan susunan polibeg yang begitu teratur dan kemas memudahkan kerja2 selenggaraan dijalankan.

Terima kasih kepada tuan empunya ladang fertigasi cili ni kerana telah memberikan pelbagai ilmu dan tunjuk ajar secara ikhlas.

Kata2 hikmat - Sekiranya berjaya menjalankan fertigasi tanaman cili ini, insyallah tiada masalah untuk menjalankan jenis tanaman lain seperti terun, timun, tembikai atau lain2 kerana tanaman cili adalah tanaman yang dikategorikan tanaman sayuran paling rumit.

Friday, April 25, 2008

Melalui pembacaanku :

"Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro , Hidroponik Aliran Dalam , Hidroponik Aliran Cetek , Hidroponik statik , Aeroponik dan Pemercik Mikro .

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya, sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran .

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga . Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki , tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi , air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 - 6 kali sehari selama 5 - 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka. Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil pengeluaran lebih berganda pada mutu yang berkualiti dan bersih.