Wednesday, May 14, 2008

Kerja2 pembersihan tapak disambung pada hari Isnin (120508) selepas tergendala selama 2 hari disebabkan hujan. Hari ini 2 buah 'backhoe' digunakan untuk mempercepatkan kerja.



Kerja2 berjalan agak lancar, dan hampir 40 peratus kawasan telah dibersihkan menjelang tengahari. Untuk pembinaan pagar perlindungan, sebatang pokok cempedak yang agak besar (garispusat hampir 3 kaki) telah ditebang. Pokok ini dikatakan sudah berusia puluhan tahun. Batang pokok cempedak akan dipotong dan dibelah untuk dijadikan tiang pagar.

Anggaran 200 tiang dan 28-35 gelung 'barb wire' diperlukan untuk pembinaan pagar keselamatan. Gambar2 kerja penebangan pokok cempedak.






Kerja2 memotong batang pokok cempedak yang telah ditumbangkan. Gambar2 pembersihan semak samun seperti dibawah.


0 comments: