Friday, April 25, 2008

Melalui pembacaanku :

"Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro , Hidroponik Aliran Dalam , Hidroponik Aliran Cetek , Hidroponik statik , Aeroponik dan Pemercik Mikro .

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya, sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran .

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga . Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki , tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi , air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 - 6 kali sehari selama 5 - 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka. Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil pengeluaran lebih berganda pada mutu yang berkualiti dan bersih.

Langkah Pertama

Assalamualaikum.

Jumaat 24/4/2008 - Ada buat perjumpaan pertama dengan kawan, nak berbincang tentang konsep pertanian secara 'fertigasi'. Pemahaman aku melalui artikel2 didalam internet ni, 'fertigasi' adalah kombinasi perkataan 'fertiliser' (baja) dan 'irrigation' (pengairan).