Wednesday, May 14, 2008

Pembinaan Pagar - Selasa (130508)

Hujan renyai ditapak pada sebelah pagi. Tiada sebarang kerja dijalankan disebelah pagi. 'Backhoe' pun tak nampak bayangnya. Jumpa Rozali semasa nak keluar, lalu pergi bersama mencari orang untuk diupah membelah batang pokok cempedak untuk dijadikan tiang pagar.


Setelah berjumpa dan bersetuju harga upah (RM2.00 sebatang), dan juga berjanji jumpa ditapak sekitar jam 2.30pm. Kerja2 membelah terus dimulakan. Anggaran hanya 80-120 tiang sahaja yang dapat dipotong kerana kekurangan kayu. Terpaksa mencari alternatif lain untuk mencukupkan tiang yang kurang.


Mula2. batang pokok dibelah dua dengan menggunakan 'chain saw'. Kemudian baru dipotong seperti papan dengan ketebalan lebih kurang 2-3 inci sebelum dipotong menjadi tiang pagar.


Lintas hormat lembu2 yang kebiasaannya memasuki tapak untuk meragut rumput. Kerja2 pembinaan pagar keselamatan kena disegerakan sebelum tanaman dimulakan untuk mengelakkan ternakan lembu2 ini.

Dalam perjalan pulang, singgah sebentar di 'hardware' di Kubur Panjang. Beli seditkit benang, pita ukur dan periksa harga 'barb wire' sebelum beli. Agak mahal dengan harga RM42.00/gelung (anggaran panjang 240 kaki).

0 comments: