Wednesday, May 14, 2008

Lawatan Ke Ladang Fertigasi Cili

Dalam perjalanan ke pekan Pendang, singgah sekejap buat pertama kali ke satu ladang fertigasi di Kg. Penyarom, Pendang. Nasib baik sebab tuan empunya ladang ada. Berbual sebentar dengannya, lalu kemudian diajak memasuki ladang untuk melihat2 sambil belajar.

Jumlah polibeg diladang ini ialah 10,000 (besar!!!). Saiz ladang sebegini sudah diklasifikasikan sebagai tanaman komersil. Terkini adalah musim ketiga tanaman cili ini dijalankan dengan tempoh masa selama 6 bulan bagi setiap musim. Secara konservatif, sepokok cili mampu menghasilkan 2.0-2.5 kg buah cili. Sekiranya lebih dikira BONUS.

Walaubagaimanapun, hasil pengeluaran tetap bergantung kepada cara penjagaan serta pembajaan. Harga buah cili dipasaran juga memainkan peranan. Namun demikian, dimaklumkan bahawa pegeluaran cili tempatan hanyalah 10 peratus daripada keperluan pengguna. Selebihnya adalah diimpot dari China, Thailand dll. Potensi pasaran tetap ada.

Pokok2 cili jenis KULAI diladang ini yang sudah berusia 5 minggu. Hasil cili boleh dipetik selepas 75 hari daripada tarikh anak pokok dipindahkan dari semaian ke polibeg. Secra kasar, hasil buah cili boleh dipetik selepas 3 bulan daripada permulaan semaian. Batang2 pokok cili diikat secara longgar ketali yang direntang secara selari untuk mengelakkan pokok patah ditiup angin kencang.

Contoh pokok cili didalam polibeg yang menggunakan sistem fertigasi. Tanaman cili memerlukan pengawasan rapi. Harus peka dengan tanda2 serangan penyakit atau serangga yang boleh mengundang kerugian. Tindakan segera untuk mengubati dan menghalang dari merebaknya penyakit atau serangan serangga amat diperlukan.

Semasa pokok cili membesar, daun2 dibahagian batang bawah pokok perlu dibuang. Kerja2 membuang rumput didalam polibeg juga perlu dilakukan sekiranya ada.

Keadaan 1 blok yang mungkin mengandungi 20-30 polibeg yang tersusun rapi. Sistem fertigasi yang dipasang perlulah berkesan untuk memastikan hasil pengeluaran buah cili yang maksimum. Tekanan pengairan air berbaja perlulah sekata dan seimbang untuk keseluruhan pokok.

Keadaan susunan polibeg yang begitu teratur dan kemas memudahkan kerja2 selenggaraan dijalankan.

Terima kasih kepada tuan empunya ladang fertigasi cili ni kerana telah memberikan pelbagai ilmu dan tunjuk ajar secara ikhlas.

Kata2 hikmat - Sekiranya berjaya menjalankan fertigasi tanaman cili ini, insyallah tiada masalah untuk menjalankan jenis tanaman lain seperti terun, timun, tembikai atau lain2 kerana tanaman cili adalah tanaman yang dikategorikan tanaman sayuran paling rumit.

0 comments: