Wednesday, May 14, 2008
Kerja-kerja pembersihan tapak dimulakan dengan menggunakan 'backhoe' yang disewa. Dengan keluasan tanah sekitar 2 ekar++ dan semak samun yang agak tebal, kerja2 pembersihan ini agak mengambil masa.
Sambil kerja2 'backhoe dijalankan, usaha2 dilakukan untuk mengenalpasti semula batu2 sempadan untuk memudahkan kerja2 pemasangan pagar perlindungan. Kawasan ini banyak lembu2 ternakan berkeliaran. Masalah besar kalau tanaman yang bakal dijalankan kelak habis dimakan lembu2.
Kerja2 pembersian berhenti sekitar jam 12.15pm untuk berehat dan makan tengahari. Hari ini hari Jumaat dan kerja2 akan bersambung selepas sembahyang Jumaat.
Hujan turun dengan lebat lebih kurang jam 2.15pm. Keadaan tapak yang sedikit curam dan basah menyebabkan kerja2 pembersihan tapak tidak dapat disambung. 'Backhoe' pun keluar dan sekiranya esok tidak hujan, kerja2 akan disambung semula.
0 comments:
Post a Comment