Wednesday, May 28, 2008

Dari Tanaman Cili ke Serai!!!

Dalam perjalanan proses penyediaan tapak di Pendang ni, macam2 persoalan timbul. Bagaimana dengan projek fertigasi cili ni? Okey ke? Boleh ke? Banyak cabaran tanaman cili ni. Mampu ke nak atasinya dengan berulang dari Penang (1 1/2 jam perjalanan)? Kos berulang-alik dah RM70-RM80 satu trip. Cadang cuma nak berulang-alik seminggu max. 3 kali jer atau sebulan max. 12 trip saja.

Pagar dah siap (nanti baru load gambar). Semak samun yg ditolak dah separuh dibakar. Nak kena kumpulkan lagi dan bakar sebelum dibajak dengan traktor. Nak buat bangsal/stor dan korek perigi juga. Baru boleh tanam.

Persoalannya sekarang, projek fertigasi cili dah bertukar jadi projek tanaman serai. Serai ni, masalah kurang sikit. Lembu tak makan, jangkitan penyakit pun kurang. Tak kisah la walaupun hasil tanaman seekar kelak kurang berbanding cili fertigasi ni sebab modalnya pun kurang. Yang penting, kerenah tanaman serai ni amat kurang. Kurang pening kepala juga......

0 comments: