Setelah berjumpa dan bersetuju harga upah (RM2.00 sebatang), dan juga berjanji jumpa ditapak sekitar jam 2.30pm. Kerja2 membelah terus dimulakan. Anggaran hanya 80-120 tiang sahaja yang dapat dipotong kerana kekurangan kayu. Terpaksa mencari alternatif lain untuk mencukupkan tiang yang kurang.
Lintas hormat lembu2 yang kebiasaannya memasuki tapak untuk meragut rumput. Kerja2 pembinaan pagar keselamatan kena disegerakan sebelum tanaman dimulakan untuk mengelakkan ternakan lembu2 ini.
Dalam perjalan pulang, singgah sebentar di 'hardware' di Kubur Panjang. Beli seditkit benang, pita ukur dan periksa harga 'barb wire' sebelum beli. Agak mahal dengan harga RM42.00/gelung (anggaran panjang 240 kaki).
No comments:
Post a Comment